Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan pengajaran guru dalam proses pembelajaran kelas

Abu Bakar, Zainudin and Yahaya, Noraffandy and Nordin, Mohd Sadarin and Muhammad Nor, Nor Hisham (2010) Pendekatan pengajaran guru dalam proses pembelajaran kelas. JPPG 2010 CONFERENCE PROCEEDINGS . (Unpublished)

[img] Microsoft Word
34kB

Abstract

Guru merupakan salah satu ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Oleh itu pendekatan pengajaran guru memberi kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar. Kajian ini memfokuskan kepada jenis pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Dua di SMK Senai Johor. Soal selidik digunakan sebagai instrumen di dalam kajian ini. Dalam kajian ini ujian kolerasi Spearman digunakan untuk mengukur kaitan di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru Kemahiran Hidup tingkatan dua mengamalkan pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa mereka turut mengamalkan pendekatan pengajaran secara induktif. Nilai min berada pada tahap penilaian yang tinggi. Namun demikian, dari segi perbandingan kedua-dua pendekatan, perbezaan min yang kecil memberi makna dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Kemahiran Hidup Tingkatan Dua di SMK Senai, Johor kedua-dua pendekatan pengajaran digunakan di dalam pengajaran kelas. Walaubagaimanapun, analisis korelasi bagi hubungan pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah dengan tahap pencapaian pelajar menunjukkan nilai 0.346. Manakala nilai korelasi bagi hubungan pendekatan pengajaran guru secara induktif dengan tahap pencapaian pelajar pula menunjukkan nilai 0.324. Kedua-dua nilai tersebut menunjukkan perkaitan yang signifikan tetapi rendah antara pendekatan pengajaran dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11267
Deposited By: Dr Zainudin Abu Bakar
Deposited On:16 Dec 2010 03:28
Last Modified:11 Sep 2017 01:09

Repository Staff Only: item control page