Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Isu dan cabaran pengajaran tadabbur Al-Quran dalam pendidikan tahfiz

Johan, Siti Aisyah and Ajmain @ Jima’ain, Muhammad Talhah and Mastor Mustafa, Siti Nurjanah and A. Rahman, Siti Nur Hadis and Faisal, Muhammad Sobri and Mustafa, Radhiahtul Raehan (2023) Isu dan cabaran pengajaran tadabbur Al-Quran dalam pendidikan tahfiz. Asian Journal of Research in Education and Social Sciences, 5 (4). pp. 74-83. ISSN 2682-8502

[img] PDF
185kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.55057/ajress.2023.5.4.8

Abstract

Pendidikan tahfiz di Malaysia semakin meluas dan telah menjadi salah satu kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi mencapai apa yang dihasratkan oleh kerajaan dalam memperkasa pendidikan Tahfiz, antara elemen penting yang perlu diperkasakan adalah penguasaan pelajar dalam memahami dan mentadabbur al-Quran. Objektif penyelidikan ini bagi mengenal pasti dan memperincikan isu dan cabaran dalam pendidikan tahfiz dari sudut guru, pelajar dan sistem yang dilaksanakan. Metodologi dalam kajian ini menggunakan kualitatif iaitu kaedah kajian perpustakaan dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati, terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu diselesaikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan huffaz yang berkualiti. Selain itu, terdapat beberapa kaedah yang dicadangkan daripada kajian-kajian lepas. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi pendedahan dan membantu pihak terlibat dalam memperkasakan penerapan aktiviti tadabbur al-Quran dalam pendidikan Tahfiz.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Isu dan Cabaran, Tadabbur, Pendidikan Tahfiz
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:108720
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:27 Nov 2024 09:36
Last Modified:27 Nov 2024 09:36

Repository Staff Only: item control page