Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Salah faham makna dalam terjemahan buku Muhammad:Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

Ramli, Mohd. Hilmi (2023) Salah faham makna dalam terjemahan buku Muhammad:Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal. UMRAN - Journal of Islamic and Civilizational Studies, 10 (3). pp. 15-26. ISSN 2289-8204

[img] PDF
455kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/umran2023.10n3.626

Abstract

Penterjemahan adalah perpindahan makna dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Dalam usaha penterjemahan, si penterjemah memerlukan ilmu yang mendalam mengenai bahasa-bahasa yang dipindahkan dan juga kandungan ilmu yang diterjemahkan. Buku terbaru bertajuk Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal telah diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Buku ini asalnya ditulis oleh Martin Lings, seorang sarjana dalam bidang falsafah, agama, dan tahawwuf. Penterjemahan buku ini amat digalakkan kerana buku ini memenuhi keperluan masyarakat Melayu untuk memahami sirah Nabi SAW dalam bahasa kebangsaan. Namun demikian, kajian ini mendapati isu-isu yang mendasar dalam penterjemahan buku ini, sebagai contoh, terjemahan “God” sebagai “Allah”berdasarkan Kitab Genesis, terjemahan yang mengelirukan nama Islam sebagai ‘ketundukan’, dan terjemahan huruf-huruf dalam Al-Quran sebagai abjad. Kajian ini menganalisis teks utama yang telah diterjemahkan dan membuat perbandingan dengan teks asal dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, kajian ini merujuk kepada sumber-sumber asal sirah yang disebutkan oleh penulis. Kajian ini menjelaskan masalah penterjemahan konsep dan istilah kunci yang berpunca dari pandangan alam yang tidak sepadu dalam memahami Islam sebagai sebuah agama dan Sirah Nabi Muhammad.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penterjemahan, Muhammad, Martin Lings, Islam, ḥuruf
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:108670
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:25 Nov 2024 04:10
Last Modified:25 Nov 2024 04:10

Repository Staff Only: item control page