Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Asnaf fi sabilillah menurut Yusuf Al-Qaraḍāwī: analisis keperluan COVID-19

Isamail, Mohamad Zaim and Aziz, Aemy and Hosin, Husnizam and Faisal, Muhammad Sobri and Yaakob, Siti Nur Anisah and Jailani, Munawar Rizki (2023) Asnaf fi sabilillah menurut Yusuf Al-Qaraḍāwī: analisis keperluan COVID-19. Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 17 (1). pp. 1-10. ISSN 1985-482X

[img] PDF
497kB

Official URL: https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/LJMS/art...

Abstract

Artikel ini membincangkan berkaitan tentang pandangan Yusuf al-Qaraḍāwī berkaitan asnaf fi sabilillah. Dalam tinjauan awal dalam kajian ini juga turut dijelaskan permasalahan bagaimana pemikiran Yusuf al-Qaraḍāwī di dalam kitabnya Fiqh al-Zakat menghurai isu berkaitan asnaf fi sabilillah ini. Dalam hal ini juga, Yusuf al-Qaraḍāwī turut mengambil kira justifikasi daripada pandangan-pandangan ulama silam yang lain dalam menghuraikan pengertian asnaf fi sabilillah ini. Adapun terdapat juga pandangan-pandangan lain yang meluaskan pengertian asnaf fi sabilillah ini. Bagi memenuhi objektif dalam kajian ini, pendekatan dengan kaedah penganalisisan pemikiran Yusuf al-Qaraḍāwī berkaitan asnaf fi sabilillah dengan merujuk kepada kitabnya iaitu Fiqh al-Zakat. Hasil kajian dalam kajian ini juga mendapati bahawa pemikiran dan buah fikiran yang diterjemahkan oleh Yusuf al-Qaraḍāwī berkaitan asnaf fi sabilillah ini amat bersesuaian dengan mengambil kira pandangan-pandangan ulama silam yang lain dengan tidak mengetepikan persekitaran semasa sesuatu tempat tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:zakat, asnaf fi sabilillah dan pandangan Yusuf al-Qaraḍāwī
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:108662
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:24 Nov 2024 07:32
Last Modified:24 Nov 2024 07:32

Repository Staff Only: item control page