Yasin, Yusma Fariza and Hanapi, Mohd. Shukri (2023) Kepatuhan beragama dalam kalangan usahawan wanita muslim dalam membangunkan produk kesihatan di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK), 24 (1). pp. 75-88. ISSN 1985-7667
PDF
564kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.37231/jimk.2023.24.1.774
Abstract
Setiap individu yang beragama Islam perlu memiliki elemen berpegang teguh pada agama Allah SWT bagi mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Elemen berpegang teguh pada agama Allah SWT yang dimaksudkan adalah berkait rapat dengan konsep dua kalimah syahadah yang digariskan dalam agama Islam. Kejayaan yang dikecapi oleh usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan sudah tentu mempunyai pelbagai cabaran dan terpaksa menempuhi segala rintangan dalam dunia perniagaan. Sungguh pun begitu, cabaran sebagai seorang usahawan Muslim berjaya bukan sahaja dilihat dari segi jumlah pendapatan dalam perniagaan semata-mata, namun perlu juga berpegang teguh kepada ajaran Islam. Persoalannya, bagaimanakah usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan mampu berjaya dalam bidang keusahawanan? Adakah mereka sentiasa berpegang teguh dengan melaksanakan amalan keagamaan dalam kehidupan seharian? Oleh itu, artikel ini bertujuan mengkaji amalan-amalan yang dilaksanakan oleh usahawan wanita Muslim yang mengusahkan produk kesihatan di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, artikel ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual bersama dengan 10 orang wanita Muslim yang berjaya dalam membangunkan produk kesihatan di Malaysia. Data yang didapati kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Sebagai hasilnya, kajian ini mendapati usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan di Malaysia melaksanakan amalan-amalan keagamaan dalam kehidupan seharian. Antara amalan yang diamalkan termasuklah pertama, mendirikan solat lima waktu; kedua, menunaikan zakat; ketiga, berpuasa di bulan Ramadan; keempat, menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan; dan kelima, zuhud dalam kehidupan dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kepatuhan beragama, produk kesihatan, usahawan, syahadah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 108660 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 24 Nov 2024 07:31 |
Last Modified: | 24 Nov 2024 07:31 |
Repository Staff Only: item control page