Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari (2008) Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris dari perspektif guru pelatih sains. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 107-121. ISSN 1394-1801
|
PDF
2MB |
Abstract
Artikel ini membincangkan pandangan bakal guru sains terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, Kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan meminta setiap responden mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris, Seramai 85 pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kandungan telah diaplikasikan bagi menganalisis kesemua dapatan yang diperolehi. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati sebahagian besar bakal guru sains sangat bersetuju pengajaran dan pembelajaran sains dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Bakal guru sains juga turut menyatakan kesediaan untuk melengkapkan diri dengnn kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan mengukuhkan penguasaan strategi pengajaran sains yang pelbagai supaya berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains serta menambahbaik tahap kefahaman pelajar terhadap konsep sains yang sebenar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | bakal guru sains, bahasa Inggeris, pembelajaran sains |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education P Language and Literature > PE English |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10664 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 22 Oct 2010 01:24 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page