Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah

Hushin, Hassan and Abu Bakar, Zainudin and Shamsuddin, Normala (2008) Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 85-91. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
3MB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah Zon Kluang Barat, Kluang, Johor. Dua dimensi gaya kepimpinan telah dikenalpasti dalam kajian ini iaitu gaya kepimpinan beroreantasikan struktur tugas dan beroreantasikan timbangrasa. Kajian berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan dengan meninjau persepsi guru menggunakan soal selidik Leadership Behavior Description Questionaire (LBDQ) dan soal selidik komitmen kerja yang diambil dari Indeks Komitmen Tenaga Kerja (The Workforce Commitment Index) dengan sedikit pengubahsuaian. Seramai 102 orang guru telah dipilih sebagai responden dari empat buah sekolah yang dipimpin oleh guru besar wanita di Zon Kluang Barat, Kluang, Johor. Dapatan dari kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach soal selidik ini bagi gaya kepimpinan adalah 0.952 dan bagi tahap komitmen guru adalah 0.904. Analisis data dilakukan menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 dan skor min untuk setiap dimensi kepimpinan dijadualkan. Dapatan dari kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar wanita dengan komitmen guru. Walaubagaimanapun ia berada pada tahap yang lemah. Beberapa cadangan serta cadangan untuk kajian yang akan datang juga dikemukakan di akhir kajian ini. Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah-sekolah kebangsaan zon Kluang Barat, Kluang, Johor.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepimpinan, guru besar wanita, komitmen guru-guru
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:10662
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Oct 2010 01:24
Last Modified:02 Oct 2017 03:53

Repository Staff Only: item control page