Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya kepimpinan pengetua dan ciri-ciri yang efektif

A. Ghafar, Mohd. Najib and Arbak, Tamyis (2008) Gaya kepimpinan pengetua dan ciri-ciri yang efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 73-84. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
558kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua melalui persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap gaya kepimpinan Pengetua serta ciri-ciri Pengetua efektif. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 549 orang guru terlatih yang tetap dalam perkhidmatan daripada dua puluh lima buah sekolah menengah harian di Daerah Batu Pahat, Johor. Instrumen kajian telah diubahsuai daripada instrumen yang asal iaitu LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) yang digunakan untuk mengidentifikasi persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Pengetua dan ciri-ciri Pengetua efektif. Analisis statistik deskriptif ujian ANOVA Sehala dan Analisis Pekali Korelasi Pearson 'r" menggunakan perisian SPSS telah dilakukan ke atas data yang diperolehi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Pengetua di sekolah adalah menggunakan gaya kepimpinan demokratik. Sementara persepsi guru terhadap gaya kepimpinan Pengetua berdasarkan ciri ciri pengetua efectif menunjukkan pada gaya kepimpinan demokratik. Analisis Kordasi menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai perkaitan signifikan yang positif dan kuat dengan persepsi guru-guru terhadap ciri-ciri pengetua e1ektif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya kepimpinan, guru-guru sekolah menengah, pengetua
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:10661
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Oct 2010 01:24
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page