Anshory, Anhar and Awang, Ramli and Haron, Zulkiflee and Ramli, Ahmad Faizuddin (2023) Eksplorasi terhadap paradigma penyebaran Islam para Rasul ‘Ulul Azmi: analisis dari perspektif sejarah Islam. Journal of Al-Tamaddun, 18 (2). pp. 153-172. ISSN 1823-7517
PDF
401kB |
Official URL: https://ejournal.um.edu.my/index.php/JAT/article/v...
Abstract
Konsep wahyu umumnya dikaitkan dengan para Nabi yang menjadi perantara untuk menyampaikan perintah Allah kepada umat manusia. Artikel ini mengkaji metode yang digunakan oleh lima Nabi daripada kategori Ulul ‘Azmi, iaitu Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan Nabi Muhammad s.a.w., dalam menyebarkan Islam, dengan menumpukan kepada metodologi mereka menyampaikan risalah ketauhidan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis metodologi yang digunakan oleh para Nabi dalam misi mereka menyebarkan Islam. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah kualitatif dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Sumber utama seperti al-Quran dan Hadis, serta karya-karya sarjana Islam, digunakan untuk memahami konteks perbincangan. Hasil kajian ini menemui tiga metodologi utama yang digunakan oleh para nabi, iaitu secara perkataan (bil lisan), tindakan (bil hal), dan penulisan (bil kitabah). Perbezaan pendekatan adalah bergantung dalam konteks keadaan dan kategori masyarakat yang mereka hadapi. Hasil kajian artikel memberikan gambaran keseluruhan metodologi para Nabi dalam penyebaran Islam, merangkumi pelbagai pendekatan dan strategi dalam menyampaikan seruan Ilahi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ulul ‘azmi, nabi, rasul, penyebaran Islam, tauhid, metode. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Islamic Civilisation |
ID Code: | 106211 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 29 Jun 2024 05:02 |
Last Modified: | 29 Jun 2024 05:02 |
Repository Staff Only: item control page