Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap pengajaran amali mata pelajaran reka bentuk dan teknologi.

Nordin, Mohd. Safarin and Ahmad Termizi, Nurul Fathin Zafirah (2022) Kesediaan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap pengajaran amali mata pelajaran reka bentuk dan teknologi. Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Malaysia, 11 . pp. 24-33. ISSN 1985-6652

[img] PDF
142kB

Official URL: https://pptvm.wordpress.com/current/

Abstract

Matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan matapelajaran baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran ini adalah kesinambungan daripada matapelajaran Kemahiran Hidup (KH). Namun terdapat segelintir pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang masih kurang penguasaan dalam melaksanakan pengajaran amali matapelajaran RBT. Kajian ini merupakan kajian deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti persediaan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap pengajaran amali matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Terdapat tiga aspek utama yang dikaji iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap pengurusan masa perlaksanaan pengajaran amali RBT. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) (SPPH) yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah menengah. Seramai 28 orang pelajar SPPH telah terlibat dalam kajian ini. Kajian berbentuk kajian kes ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengenalpasti persediaan pelajar SPPH terhadap perlaksanaan pengajaran amali RBT. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan statistik kekerapan, peratusan dan min bagi setiap konstruk. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kobolehpercayaan instrumen kajian dan nilai yang diperolehi adalah 0.755. Dapatan kajian menunjukkan pelajar SPPH tahun akhir mempunyai tahap persediaan yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran amali matapelajaran RBT dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap pengurusan masa pengendalian kelas amali RBT. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi kesedian mengajar dalam kalangan pelajar SPPH.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengetahuan, kemahiran pengajaran amali, kemahiran teknikal dan sikap pengurusan masa
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:104774
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:16 Mar 2024 01:51
Last Modified:16 Mar 2024 01:51

Repository Staff Only: item control page