Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan kimia dalam kalangan prasiswazah.

Abdul Talib, Corrienna and Khalik, Mazura (2022) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jurusan kimia dalam kalangan prasiswazah. Sains Humanika, 14 (3-2). pp. 125-135. ISSN 2289-6996

[img] PDF
515kB

Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...

Abstract

Penurunan penyertaan pelajar dalam aliran sains merupakan isu yang membimbangkan dan sering dibincangkan dalam banyak kajian di peringkat antarabangsa. Kajian ini adalah bertujuan untuk memperhalusi faktor-faktor pemilihan jurusan kimia dalam kalangan prasiswazah berdasarkan jantina, kaum dan pencapaian akademik. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dan pemilihan sampel adalah secara sampel bertujuan. Satu set borang soal selidik yang mengandungi 47 item telah diedarkan kepada 118 orang responden dari tahun satu yang mengambil jurusan kimia di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Johor. Penganalisisan data adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS version 20) dan program Microsoft Office Excel 2016 for Windows 7. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α=0.803. Data deskriptif dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Koefisien korelasi Spearman’s Rho (rs) digunakan untuk data statistik inferensi bagi menerangkan hubungan dan pengaruh di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Keputusan menunjukkan item keseronokan penyelesaian permasalahan kimia bagi konstruk faktor dalaman merupakan faktor yang paling dominan dalam pemilihan jurusan kimia. Tiada hubungan yang signifikan di antara faktor keseronokan penyelesaian permasalahan kimia dengan jantina, kaum dan pencapaian akademik. Begitu juga dengan gaya pengajaran guru (faktor luaran) dan prospek kerjaya (faktor sampingan) dan kesedaran terhadap kepentingan mata pelajaran kimia (faktor dalaman) dan kredibiliti tenaga pengajar akademik di IPTA (faktor sampingan) namun mempunyai pertalian yang sangat lemah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa transformasi dalam pembelajaran kimia perlu diaplikasikan dalam pembelajaran abad ke-21. Sikap dan minat terhadap sains dan kimia harus dipupuk dalam kalangan pelajar dan masyarakat bagi memacu pembangunan negara seiring dengan perkembangan k-ekonomi dan revolusi Industri 4.0.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pemilihan jurusan kimia, faktor dominan, keseronokan penyelesaian permasalahan kimia dan pembelajaran abad ke-21
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:104671
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:25 Mar 2024 08:42
Last Modified:25 Mar 2024 08:42

Repository Staff Only: item control page