Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan flipped classroom menggunakan google classroom terhadap pencapaian pelajar bagi tajuk daya.

Abd. Halim, Noor Dayana and Ab. Rahman, Rahim and Ahmad, Noor Azlinda (2022) Kesan flipped classroom menggunakan google classroom terhadap pencapaian pelajar bagi tajuk daya. Sains Humanika, 14 (3-2). pp. 137-147. ISSN 2289-6996

[img] PDF
1MB

Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...

Abstract

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 telah mewujudkan norma baharu di dalam sistem pendidikan negara kita dan mempercepatkan peralihan sistem pendidikan ke arah pembelajaran digital seiring dengan Pembelajaran Abad Ke-21. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar ketika melakukan pembelajaran secara dalam talian dan pembelajaran secara bersemuka. Hasil pengalaman guru melaksanakan pembelajaran secara dalam talian ini boleh diintegrasikan dengan pembelajaran secara bersemuka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk pembelajaran teradun melalui pendekatan Flipped Classroom menggunakan Google Classroom berdasarkan kelebihan dan kelemahan yang ada pada pembelajaran secara dalam talian dan pembelajaran secara bersemuka. Seterusnya mengkaji sejauh mana keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar bagi tajuk daya dalam matapelajaran sains tahun 6. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk memilih sekolah sebagai lokasi kajian dan persampelan secara kebetulan untuk memilih pelajar sebagai responden kajian. Instrumen kajian ini menggunakan ujian pra-pasca pencapaian pelajar yang telah dijalankan ke atas 19 orang pelajar. Kaedah analisis data dilakukan secara kuantitatif iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk melihat peratusan dan min perbandingan markah ujian pra-pasca. Manakala analisis inferensi, mengguna ujian Wilcoxon untuk melihat signifikasi perbezaan min bagi markah ujian pra-pasca menggunakan perisian SPSS versi 22. Hasil analisis deskriptif mendapati terdapat peningkatan min markah sebanyak 29% terhadap pencapaian pelajar. Hasil dapatan kajian ini juga diperkukuhkan lagi melalui analisis inferensi di mana terdapat perbezaan yang signifikan min markah (Asymp. Sig. (2-tailed) = 0) diantara ujian pra-pasca terhadap pencapaian pelajar. Oleh itu, hasil kajian ini telah memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian. Melalui kajian ini, ianya diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru tentang kelebihan pembelajaran teradun melalui pendekatan Flipped Classroom menggunakan Google Classroom.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran teradun, Flipped Classroom, Google Classroom, Pencapaian Pelajar; Daya
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:104669
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:25 Feb 2024 04:39
Last Modified:25 Feb 2024 04:39

Repository Staff Only: item control page