Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penelitian Keatas Pentaksiran Dalam Talian Oleh Guru Kolej Vokasional Daerah Johor Bahru

Noh@Seth, Nur Hazirah and Lokman, Nur Hidayah (2022) Penelitian Keatas Pentaksiran Dalam Talian Oleh Guru Kolej Vokasional Daerah Johor Bahru. Sains Humanika, 14 (3-2). pp. 9-17. ISSN 2289-6996

[img] PDF
437kB

Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...

Abstract

Pentaksiran dalam talian memerlukan pelaksanaan yang amat teliti untuk mengelakkan pembinaan dan pemilihan kaedah entaksiran yang kurang tepat dan tidak berkualiti. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti pentaksiran dalam talian yang dilaks anakan dalam kalangan guru kolej kasional (KV) di daerah Johor Bahru berasaskan empat peringkat dalam kerangka rekabentuk pentaksiran dalam talian yang dibangunkan oleh Robin Booth iaitu perancangan, strategi pembangunan, pelaksanaan dan sokongan serta ulasan penilai. Responden kajian adalah terdiri daripada 173 guru-guru kolej vokasional bagi semua subjek atau program di daerah Johor Bahru. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibangunkan berdasarkan kriteria dalam empat peringkat dalam merekabentuk pentaksiran. Borang soal selidik telah diisi oleh guru-guru yang terlibat melalui Google Form yang telah diedarkan. Melalui kajian rintis yang dijalankan, indeks Alpha Cronbach secara keseluruhannya adalah 0.930. Manakala indeks Alpha Cronbach bagi setiap peringkat ialah 0.788 bagi peringkat perancangan, 0.764 bagi peringkat pembangunan, 0.772 bagi peringkat pelaksanaan dan 0.835 bagi pe ringkat sokongan dan ulasan penilai. Data dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) bagi mendapatkan median, julat antara kuartil (IQR), kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pentaksiran dalam tal ian yang dibina oleh guru kolej vokasional daerah Johor Bahru bagi setiap peringkat dalam kerangka rekabentuk pentaksiran dalam talian adalah berada pada tahap yang tinggi (Median=4). Majoriti guru bersetuju(Median=4) bahawa mereka telah membina pentaksiran dalam talian mengikut kerangka rekabentuk pentaksiran dalam talian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Online assessment, Online learning
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Divisions:Education
ID Code:104668
Deposited By: Muhamad Idham Sulong
Deposited On:25 Feb 2024 02:34
Last Modified:25 Feb 2024 02:34

Repository Staff Only: item control page