Mohd. Zaid, Norasykin and Razali, Nor Azleenda (2022) Keberkesanan pembelajaran kendiri bagi kemahiran membina ayat dalam bahasa Melayu menggunakan video pendekatan konstruktivisma terhadap murid pemulihan khas. Sains Humanika, 14 (3-2). pp. 45-53. ISSN 2289-6996
PDF
505kB |
Official URL: https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumani...
Abstract
Kemahiran membina ayat mudah merupakan tunjang dalam penulisan Bahasa Melayu. Kelemahan dalam memulakan penulisan menyebabkan kesukaran untuk mengikut pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat di kalangan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan melibatkan responden yang merupakan murid Pemulihan Khas tahun 2 di sebuah sekolah daerah Pontian di Negeri Johor yang berpotensi untuk diserapkan dalam kelas perdana. Pembelajaran kendiri menerusi videomenggunakan pendekatan konstruktivisma diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk kajian ini. Satu set ujian pra dan pasca dijalankan untuk melihat tahap keberkesanan dan tahap pencapaian murid selepas men ggunakan pembelajaran dijalankan menggunakan videoKonstruktivisma. Data diuji menggunakan SPSS dengan Ujian Wilcoxon Signed Ranked. Faktor luaran seperti minat dan kecenderungan juga membawa kepada pengaruh keberkesanan dapatan ujian. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa, murid sangat berminat untuk belajar menggunakan bahan interaktif selari dengan perkembangan masa kini seperti video, permainan maya dan lain-lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pendekatan Video Konstruktivisme, Pembelajaran Kendiri, Kemahiran Membina Ayat Bahasa Melayu, Murid Pemulihan Khas |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Divisions: | Education |
ID Code: | 104667 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 25 Feb 2024 02:32 |
Last Modified: | 25 Feb 2024 02:32 |
Repository Staff Only: item control page