Mohsin, Aminah and Berahim, Nur and Firdaus, Nasrul Faiz (2022) Punca pembangunan plot-plot kediaman tanpa kebenaran dan implikasi terhadap agensi kerajaan. Sains Humanika, 14 (1). pp. 26-34. ISSN 2289-6996
PDF
655kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v14n1.1860
Abstract
Harga rumah yang semakin meningkat terutama di lokasi-lokasi membangun menyebabkan segelintir masyarakat mencari alternatif baru dalam pemilikan kediaman iaitu dengan membeli tanah plot-plot kediaman. Di samping itu, oleh kerana pembangunan di bandar lebih tertumpu pada pembangunan strata, terdapat golongan yang memilih untuk memiliki kediaman bertanah yang lebih selesa. Tanah yang dijual sebagai plot-plot kediaman ini dikenali umum sebagai lot banglo, lot lidi, plot kecil dan lot rumah. Namun, timbulnya isu apabila terdapat pembangunan plot-plot kecil kediaman yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan garis panduan yang telah disediakan menyebabkan pembangunan plot-plot kediaman tanpa kebenaran semakin berleluasa. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk megenal pasti punca-punca berlakunya peningkatan dalam pembangunan plot-plot kediaman tanpa kebenaran serta implikasinya terhadap agensi kerajaan. Pendekatan kualitatif digunakan dengan pemilihan Mukim Ijok dan Mukim Jeram di Kuala Selangor sebagai kajian kes. Melalui persampelan bertujuan seramai 13 responden terlibat untuk sesi temu bual secara bersemuka. Analisis kajian ini mendapati terdapat empat (4) punca utama yang menyebabkan peningkatan pembangunan plot-plot kediaman tanpa kebenaran iaitu penjanaan keuntungan yang tinggi kepada pemilik tanah, peningkatan harga rumah, keinginan untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri dengan kos yang lebih rendah dan kekurangan ilmu tentang tanah di kalangan pemilik dan pembeli. Sementara, implikasi isu ini kepada agensi kerajaan adalah dari aspek ekonomi, sosial dan juga alam sekitar. Kesimpulannya, penemuan kajian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan negatif pembangunan plot-plot kediaman tanpa kebenaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Implikasi, lot lidi, plot kediaman, punca, tanpa kebenaran |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Geoinformation Science And Engineering |
ID Code: | 104632 |
Deposited By: | Muhamad Idham Sulong |
Deposited On: | 21 Feb 2024 08:42 |
Last Modified: | 21 Feb 2024 08:42 |
Repository Staff Only: item control page