Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Ali, Marlina and Noordin, Shaharom (2010) Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi (Sains Sosial) (52). pp. 45-55. ISSN 0127-9696 (Print); 2180-3722 (Electronic)

[img] PDF (Full Text)
95kB
[img] HTML - Published Version
85kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara kemahiran berfikir kritis dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam kalangan pelajar yang mengikuti program pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 109 orang pelajar tahun satu dan empat program Pendidikan Fizik terlibat dalam kajian ini iaitu 26 orang pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan. Julat umur pelajar adalah di antara 19 hingga 28 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA-A). Korelasi Pearson-r merupakan statistik utama yang digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat pertalian yang bererti antara kemahiran berfikir kritis dengan CPA pelajar pada aras .05. Kemahiran interpretasi merupakan aspek WGCTA yang bererti dalam meramal PNGK pelajar berbanding kemahiran membuat inferens, mengusul periksa andaian, membuat deduksi dan penilaian hujah. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat pertalian yang bererti di antara tahun pengajian dengan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran berfikir kritis; WGCTA; pelajar universiti; fizik; guru pelatih
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:10045
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:23 Jul 2010 08:38
Last Modified:02 Mar 2014 07:20

Repository Staff Only: item control page