Mohd. Tarip, Muhammad Hassan Din and Said, Mohamad Murtadha and Mohd. Ramli, Raimi and Mohamad Razan, Huril ‘Ain Nadhirah and Amir, Mohamad Haziq and Azizi, Noor Azli and Subramaniyam, Ukaneshwari and Seliman, Khairul Azmi and Mohd. Fakhruddin, Faizah and Mohd. Fakhruddin, Fathiyah (2021) Impak pandemik COVID-19 terhadap golongan B40. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 18 (8). pp. 54-65. ISSN 1823-884x
|
PDF
386kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/51789
Abstract
Kajian ini membincangkan impak pandemik COVID-19 ke atas golongan B40 di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak pandemik ke atas aspek sosio-ekonomi golongan B40, jenis bantuan kerajaan yang diterima, serta impak bantuan tersebut terhadap golongan B40 dalam menghadapi saat getir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia pada tahun 2020. Kajian ini melibatkan 141 responden yang terdiri daripada golongan B40 di daerah Johor Bahru. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan keadaan sosio-ekonomi golongan B40 amat terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19. Antara dapatan kajian yang penting untuk dikemukakan ialah bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) memberi impak positif demi kelangsungan hidup golongan B40 di era yang mencabar ini. Kajian ini dapat memberi implikasi yang bermanfaat buat pihak berwajib dalam menimbangtara keberkesanan bantuan yang disalurkan. Selain itu, penambahbaikan boleh dijana hasil daripada dapatan kajian agar kelestarian sumber manusia di Malaysia dapat dikekalkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | impak pandemik COVID-19, golongan B40, sosio-ekonomi, bantuan kerajaan, Perintah Kawalan Pergerakan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) R Medicine > RA Public aspects of medicine |
Divisions: | Biosciences and Medical Engineering |
ID Code: | 98333 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 07 Dec 2022 07:32 |
Last Modified: | 07 Dec 2022 07:32 |
Repository Staff Only: item control page