Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kecerdasan emosi dan kesannya terhadap prestasi kerja: satu tinjauan di sebuah universiti awam Malaysia

Abd. Manaf, Nor Aqilah and Abdul Wahab, Shah Rollah and Sarip, Azlineer (2021) Kecerdasan emosi dan kesannya terhadap prestasi kerja: satu tinjauan di sebuah universiti awam Malaysia. Journal of Human Capital Development, 14 (1). pp. 19-38. ISSN 1985-7012

[img]
Preview
PDF
414kB

Official URL: https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article...

Abstract

Kecerdasan emosi sering dikaitkan dengan peningkatan prestasi kerja pekerja dalam organisasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kecerdasan emosi terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja kumpulan sokongan di sebuah universiti awam Malaysia. Seramai 110 orang pekerja telah terlibat sebagai responden kajian. Alat-alat pengukuran yang digunakan dalam pengumpulan data merangkumi Soal Selidik Kecerdasan Emosi Ringkas (TEIQue SF) dan Instrumen Prestasi Kerja oleh Rabindra dan Lalatendu (2017). Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan yang lemah dan signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi kerja dalam kalangan responden kajian. Akhirnya, beberapa perkara telah dicadangkan untuk organisasi dan untuk pengkaji-pengkaji akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kecerdasan emosi, prestasi kerja, universiti awam
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Management
ID Code:97591
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:18 Oct 2022 03:00
Last Modified:18 Oct 2022 03:00

Repository Staff Only: item control page