Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan kerja

Jamil, Ikmal Hakim and Norazman, Irmawati and Omar, Rozeyta and Shaari, Roziana (2021) Hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan kerja. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 59-68. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1893

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan pekerja dalam konteks organisasi di sebuah pasaraya. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 70 orang responden kajian dan data diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik. Analisis telah dilaksanakan dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 22.0. Selain itu, analisis deskriptif yang melibatkan skor min dan peratusan telah digunakan untuk mengenal pasti tahap ganjaran kerja (intrinsik dan ekstrinsik) serta penglibatan pekerja. Hubungan antara ganjaran kerja dan penglibatan kerja pula telah dianalisis dengan menggunakan analisis inferensi melalui korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa tahap ganjaran kerja adalah sederhana, manakala penglibatan pekerja berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkanterdapat hubungan yang positif antara ganjaran kerja dan penglibatan pekerja serta pada tahap yang sederhana. Selain itu, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada organisasi untuk mengenal pasti dan menekankan ganjaran sebagai satu usaha untuk meningkatkan penglibatan pekerja.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ganjaran kerja, ganjaran intrinsik, ganjaran ekstrinsik, penglibatan pekerja, semangat, dedikasi dan penyerapan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management
ID Code:97510
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:17 Oct 2022 04:07
Last Modified:17 Oct 2022 04:07

Repository Staff Only: item control page