Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya kepimpinan transformasi pemimpin dan kesejahteraan psikologi pekerja

Ahmad Tulis, Hairunisak and Mohd. Yusof, Halimah (2021) Gaya kepimpinan transformasi pemimpin dan kesejahteraan psikologi pekerja. Sains Humanika, 13 (2-2). pp. 79-86. ISSN 2289-6996

[img]
Preview
PDF
435kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/sh.v13n2-2.1895

Abstract

Gaya kepimpinan dalam organisasi sering menjadi topik yang menarik perhatian dalam bidang pengurusan kerana kepentingannya dalam setiap organisasi. Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada menghuraikan gaya kepimpinan transformasi yang dilakukan oleh pemimpin, menilai tahap kesejahteraan psikologi pekerja, serta mengkaji hubungan di antara gaya kepimpinan transformasi ketua dan kesejahteraan psikologi pekerja. Penggunaan kaedah kuantitatif bagi memperolehi data, iaitu dengan mengagihkan borang soal selidik kepada sasaran syarikat yang dikaji. Seramai 80 orang responden telah dipilih untuk menyertai dalam penyelidikan ini. Responden adalah terdiri daripada pekerja-pekerja di sebuah syarikat pemaju di Johor Baru, Johor. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 18 yang digunakan bagi memproses data yang dikumpulkan melalui borang soal selidik yang telah diagihkan kepada responden. Keputusan penyelidikan ini memperlihatkan gaya kepimpinan transformasi pemimpin di syarikat tersebut adalah pada peringkat yang tinggi. Seterusnya, kesejahteraan psikologi pekerja pula pada peringkat sederhana. Keputusan penyelidikan juga memperlihatkan hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan transformasi dan kesejahteraan psikologi pekerja. Keputusan penyelidikan ini dijangka mampu memberi maklumat kepada organisasi dan membantu pemimpin terutamanya ketua untuk menghasilkan suasana kerja yang lebih kondusif melalui gaya kepimpinan yang baik bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi pekerja.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya kepimpinan, kepimpinan transformasi, kesejahteraan psikologi, ketua, pengurusan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions:International Business School
ID Code:97438
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:10 Oct 2022 07:57
Last Modified:10 Oct 2022 07:57

Repository Staff Only: item control page