Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Al-kasb (pekerjaan) menurut al-shaybani dalam kitab al-kasb

Al-Hakim, Muhammad Hanif (2017) Al-kasb (pekerjaan) menurut al-shaybani dalam kitab al-kasb. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kegiatan bekerja (al-kasb) merupakan aktiviti yang dilakukan oleh orang orang yang merdeka bagi memenuhi keperluan seharian mereka serta orang-orang yang menjadi tanggungan mereka, demi keberlangsungan kehidupan. Kajian ini telah membahas kandungan Kitab al-Kasb, karya Imam al-Shayb!n" (w.189.H), salah seorang pengasas madhhab #anaf", yang meliputi pandangan beliau tentang kegiatan bekerja serta prinsip-prinsip asas ketika seseorang menceburi suatu pekerjaan. Dengan menggunakan pendekatan historis, analisis linguistik dan analisis kandungan, kajian ini telah mengupas isu-isu berkenaan dengan, 1) Alasan utama kepengarangan kitab tersebut, 2) Keberterusan amalan zuhud dalam konteks kegiatan al-kasb para al-Salaf al-"!li# sebelum al-Shayb!n" dan al-Salaf al-"!li# semasa beliau, serta 3) Pandangan al-Shayb!n" tentang al-kasb. Setelah kajian ini dilakukan, beberapa dapatan telah diperolehi. Antaranya: Pertama, dorongan beliau mengarang Kitab al-Kasb adalah untuk memperingatkan kaum Muslimin agar selalu mengingati Akhirat dengan taat pada aturan Syari‘at ketika menceburi suatu pekerjaan untuk memenuhi keperluan jasadi di dunia. Kedua, ia juga menunjukkan bahawa terdapat banyak kesesuaian prinsip asasi daripada nilai-nilai agama antara yang didapati dalam !th!r para al-Salaf al-"!li# dan yang didapati dalam Kit!b al-Kasb. Prinsip asasi tersebut, antaranya seperti sikap sederhana (al-iqti$!d) dalam hal penggunaan, dan berwaspada (wara‘) dalam perolehan serta perbelanjaan harta kekayaan. Ketiganya, ia juga menunjukkan bahawa hukum aktiviti bekerja ialah fardu ke atas mereka yang mampu mengusahakannya, dengan syarat mereka menguasai ‘ilm al- #!l berkenaan dengan aktiviti al-kasb, ilmu tentang darjat-darjat pekerjaan, serta ilmu tentang kepentingan sifat dalaman seperti zuhud, warak, tawakal dan al-ghin!. Akhir sekali sebagai saranan, hasil kajian ini amat perlu untuk direnungi oleh setiap individu Muslim dan diamalkan dalam setiap kegiatan bekerja mereka, terutamanya setelah memandangkan keadaan semasa ketika penyakit cinta harta mewabak di kalangan kaum Muslimin dan ramai orang tidak lagi mengendahkan sumber pendapatannya.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:kegiatan bekerja, keberlangsungan kehidupan, zuhud
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:92312
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:28 Sep 2021 07:13
Last Modified:28 Sep 2021 07:13

Repository Staff Only: item control page