Zuliana, Zookefli and Md. Nor, Khalil (2008) Hubungan budaya organisasi dan perkongsian pengetahuan. Jurnal Kemanusiaan (11). pp. 68-79. ISSN 1675-1930
|
PDF
- Published Version
259kB |
Official URL: http://www.fppsm.utm.my/component/docman/cat_view/...
Abstract
Globalisasi telah meningkatkan tahap persaingan perniagaan. Daya saing sesebuah organisasi bukan lagi bergantung kepada kadar buruh yang murah dan polisi perlindungan daripada pihak kerajaan. Ramai berpendapat teknologi merupakan kompetensi utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi untuk terus bersaing dan keupayaan teknologi dalam mengangkat daya saing sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pengurusan pengetahuan. Antara komponen penting dalam pengurusan pengetahuan adalah perkongsian pengetahuan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dan tahap perkongsian pengetahuan. Elemen budaya organisasi yang dikaji meliputi kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur organisasi. Seratus borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana di empat buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah regresi berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa komunikasi antara pekerja dan kepercayaan memberi kesan positif yang signifikan kepada perkongsian pengetahuan. Cadangan akademik dan praktikal diutarakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pengurusan pengetahuan, perkongsian pengetahuan, budaya organisasi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 8944 |
Deposited By: | Zalinda Shuratman |
Deposited On: | 09 Jun 2009 09:11 |
Last Modified: | 20 Oct 2010 09:24 |
Repository Staff Only: item control page