Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Polimik ibadah harian di Malaysia

Mohamad Yaakub, Mohamad Anas and Ruskam, Aminuddin (2019) Polimik ibadah harian di Malaysia. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), 2 . pp. 38-63. ISSN 2600-6917

Full text not available from this repository.

Official URL: http://ejitu.uitm.edu.my/v4/sites/default/files/20...

Abstract

Polemik adalah perdebatan yang panjang mengenai sesuatu isu kontroversi. Dalam realiti di Malaysia, isu amalan ibadah harian telah menjadi polemik yang hangat dari sudut pegangan mazhab fiqh dan mengalami perkembangan tertentu mengikut keperluan dan keadaan masyarakat semasa. Artikel ini dihasilkan bertujuan untuk meninjau realiti polemik amalan ibadah harian di Malaysia dari awal kemunculannya hingga kini. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan menerusi karya-karya yang berbentuk buku-buku ilmiah, tesis, artikel jurnal dan prosiding seminar. Hasil kajian mendapati polemik ini masih mendapat perhatian masyarakat dan perbincangan tentangnya tersebar luas dengan kemudahan internet dan media sosial. Antara punca yang dikenalpasti bagi polemik ini ialah kelemahan dari sudut ilmu pengetahuan seperti persoalan taklid, ijtihad, mazhab, bid’ah serta perbezaan pendekatan yang diambil. Beberapa cadangan penyelesaian diusulkan pada tiga unsur utama iaitu ilmu, akhlak dan pendekatan. Ilmu mengenai hakikat ikhtilaf dan mazhab serta budaya dialog secara ilmiah wajar diadakan. Unsur akhlak mementingkan keikhlasan sebagai asas keharmonian dan mencontohi adab ikhtilaf salafussoleh. Pendekatan wasatiyyah dan dakwah dapat memacu perubahan umat ke tahap yang tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ibadah harian, fiqh, mazhab, taklid, ikhtilaf
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:88291
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:15 Dec 2020 07:56
Last Modified:15 Dec 2020 07:56

Repository Staff Only: item control page