Mohd. Tahir, Lokman and Sidin, Robiah (2008) Orientasi kepemimpinan pengetua sekolah menengah di johor: satu analisis. Jurnal Teknologi (48E). pp. 85-97. ISSN 0127-9696
|
PDF
221kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/48/E/JT48...
Abstract
Pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualiti kerana proses kepemimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah. Tujuan umum kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan kepemimpinan utama pengetua sekolah menengah di negeri Johor. Objektif khusus kajian adalah untuk menerangkan kepemimpinan utama bersandarkan Model Kepemimpinan Bolman dan Deal (1991) terdiri dari empat gaya kepemimpinan, iaitu kepemimpinan sumber manusia, simbolik, politik dan struktural. Di samping itu, kajian juga cuba menjelaskan sama ada kepemimpinan pengetua mempunyai kesan terhadap komitmen guru terhadap sekolah. Kajian dilaksanakan di 35 buah sekolah menengah di negeri Johor merangkumi Sekolah Menengah Kebangsaan (bandar dan luar bandar), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Sukan. Sejumlah 1,705 orang guru dan 34 orang pengetua dipilih melalui persampelan berstrata. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan Regresi Berganda. Kajian mendapati kepemimpinan sumber manusia dinilai sebagai gaya kepemimpinan yang paling kerap diamalkan di samping kepemimpinan struktural. Sebaliknya, kepemimpinan politik merupakan gaya kepemimpinan yang paling jarang digunakan. Kajian juga mendapati kepemimpinan pengetua turut memberi kesan kepada komitmen guru terhadap sekolah.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengetua sekolah; kepemimpinan utama; gaya kepemimpinan; model kepemimpinan Bolman dan Deal (1991) |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 8824 |
Deposited By: | Norhayati Abu Ruddin |
Deposited On: | 14 May 2009 07:47 |
Last Modified: | 15 Feb 2017 08:00 |
Repository Staff Only: item control page