Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran menerusi aplikasi mudah alih dan kesannya terhadap pembelajaran huruf hijaiyah murid pra-sekolah

Iliyas, Siti Syafawati and Jumaat, Nurul Farhana (2020) Pembelajaran menerusi aplikasi mudah alih dan kesannya terhadap pembelajaran huruf hijaiyah murid pra-sekolah. Innovative Teaching and Learning Journal, 3 (2). pp. 30-41. ISSN 2600-8572

Full text not available from this repository.

Official URL: http://161.139.21.34/itlj/index.php/itlj/article/v...

Abstract

Pengenalan kepada Huruf Hijaiyah merupakan asas kepada membaca dan mempelajari bahasa Arab. Pendedahan mengenai Huruf Hijaiyah kepada kanak-kanak seawal peringkat pra-sekolah sangat penting supaya mereka dapat menyerap ilmu bahasa Arab dengan mudah dan berkesan. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan pembelajaran berasaskan permainan melalui penggunaan aplikasi mudah alih iaitu “Belajar Hijaiyah”. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah pra-eksperimental satu kumpulan pra dan pasca ujian. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian penguasaan dan juga ujian pencapaian. Sampel kajian ini terdiri daripada 48 orang murid pra-sekolah di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min serta ujian-t berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran huruf hijaiyah pada tahap yang lemah. Namun, adanya peningkatan dalam aspek keberkesanan pembelajaran huruf hijaiyah terhadap pencapaian murid selepas menjalani sesi pembelajaran berasaskan permainan menerusi aplikasi mudah alih “Belajar Hijaiyah”.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran huruf hijaiyah, pra-sekolah
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Science
ID Code:87095
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:31 Oct 2020 12:23
Last Modified:31 Oct 2020 12:23

Repository Staff Only: item control page