Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran matematik

Rozali, Nur Aqilah and Abd. Halim, Noor Dayana (2020) Kesan pembelajaran berasaskan inkuiri dengan integrasi video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran matematik. Innovative Teaching and Learning Journal, 3 (2). pp. 42-60. ISSN 2600-8572

Full text not available from this repository.

Official URL: http://161.139.21.34/itlj/index.php/itlj/article/v...

Abstract

Implementasi kaedah pengajaran yang aktif beserta dengan rancangan pengajaran yang kreatif dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman murid. Justeru kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri yang mengintegrasikan video terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Matematik iaitu topik 3 Dimensi. Dalam kajian ini, Model Inkuiri 5E oleh Baybee dan beberapa alatan teknologi video dari YouTube dan Powtoon telah di gunakan dalam aktiviti PdPc. Seramai 22 orang pelajar Tahun 3 telah terlibat dalam kajian pra-eksperimenini. Instrumen untuk mengukur kefahaman pelajar setelah menjalani intervensi telah dibangunkan untuk mengkaji kesan rekabentuk PdPc terhadap pencapaian pelajar. Analisis deskriptif Ujian Pencapaian Matematik menunjukkan terdapat perbezaansignifikandi antara ujian pra dan ujian pos iaitu mengalami peningkatan sebanyak 15.19%. Ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang positif kepada pelajar setelah mereka terlibat secara dalam aktiviti yang telah dirancang. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru untuk mereka bentuk proses pengajaran yang efektif melalui penerapan pembelajaran abad ke-21 dan juga pengintegrasian teknologi dalamaktiviti PdPc.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Teknologi Video, Pencapaian
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Science
ID Code:87070
Deposited By: Widya Wahid
Deposited On:31 Oct 2020 12:23
Last Modified:31 Oct 2020 12:23

Repository Staff Only: item control page