Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam

Abdul Halim, Zainab Zakirah and Azmi, Dania Salsabila and Marni, Nurazmallail (2019) Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. In: Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019, 15hb. Disember 2019, DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext+Cover)
420kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/339399584...

Abstract

Dalam era globalisasi, kemajuan teknologi maklumat mendorong kepada penggunaan jaringan sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat konvensional sejak sedekad lalu. Penglibatan penggunaan media sosial terdapat dalam pelbagai bentuk. Media sosial digunakan sebagai platform untuk berinteraksi melalui alam maya dan dalam talian sosial. Antara jaringan sosial yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah Whatsapp, Instagram, Myspace, Facebook, Twitter dan seumpamanya. Kajian ini membincangkan tentang trend penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek yang merangkumi aspek perniagaan, penyebaran maklumat, ideologi, dan dakwah terkini serta dijadikan platform atau pengantara untuk sistem pendidikan era millennium. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dalam mencari maklumat penting dan isu semasa yang berkaitan dengan trend penggunaan media sosial. Hasil daripada kajian perpustakaan, terdapat enam tajuk utama yang dibincangkan. Kajian ini disokong dengan beberapa petikan daripada al-Quran dan hadis. Antara tajuk utamanya ialah media sosial sebagai platform merapatkan silatulrahim antara masyarakat dan kerajaan, media sosial sebagai alat menyampaikan ilmu dan ideologi, media sosial sebagai platform perniagaan, media sosial sebagai alat dakwah dan penyebaran maklumat, media sosial sebagai platform memupuk talian persahabatan dan silatulrahim, dan media sosial sebagai platform pendidikan. Kata Kunci: Media sosial, masyarakat, trend penggunaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:85044
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:01 Mar 2020 11:46
Last Modified:01 Mar 2020 11:46

Repository Staff Only: item control page