Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Isu pengambilan tanah wakaf : kajian kes Madrasah Salihiah dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah

Abdul Kader, Siti Arifah and Wan Ismail, Wan Ibrisam Fikry (2017) Isu pengambilan tanah wakaf : kajian kes Madrasah Salihiah dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah. Fikiran Masyarakat, 5 (2). pp. 87-93. ISSN 2338-512X

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.kemalapublisher.com/index.php/fm/articl...

Abstract

Pada dasarnya, mengikut undang-undang Islam, pengambilan tanah wakaf boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk tujuan maslahah ammah sahaja. Proses Istibdal juga perlu dilakukan apabila pengambilan tanah wakaf dilakukan oleh pihak yang terbabit agar tanah-tanah wakaf ini dipelihara dengan baik seperti aset wakaf yang asal. Namun di negeri Kedah, terdapat beberapa projek pengambilan tanah wakaf yang dilakukan bukan untuk kepentingan maslahah ammah. Oleh yang demikian, apakah kesan jangka masa panjang dalam institusi wakaf ini jika pengambilan tanah wakaf tersebut menyalahi peruntukan undang-undang Islam dan hukum syarak?Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan kajian terhadap dua (2) kes pengambilan tanah wakaf yang berlaku di negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu dan permasalahan yang wujud bagi setiap kes pengambilan tanah wakaf tersebut. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian menggunakan kaedah kajian kes. Proses pengumpulan data adalah melalui data primer iaitu data yang diperoleh hasil daripada temu bual dan data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada sumber dokumen, buku, artikel dan jurnal. Bagi data primer data yang dikumpul dianalisis menggunakan teknik analisis secara kandungan manakala data sekunder dianalisis menggunakan teknik analisis secara diskriptif dan naratif atau petikan. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat isu-isu dan masalah yang wujud hasil daripada pengambilan tanah wakaf bagi kes yang dikaji.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengambilan Tanah Wakaf, Kes Madrasah Salihiah, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah, Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:84508
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:29 Feb 2020 20:33
Last Modified:29 Feb 2020 20:33

Repository Staff Only: item control page