Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem penilaian prestasi sektor awam di Malaysia: pemikiran semula terhadap peranan dan tanggungjawab pegawai penilai prestasi

Ahmad, Rusli and Ismail, Azman and Wan Ismail, Wan Khairuzzaman (2007) Sistem penilaian prestasi sektor awam di Malaysia: pemikiran semula terhadap peranan dan tanggungjawab pegawai penilai prestasi. Jurnal Kemanusiaan (10). pp. 81-88. ISSN 1675-1930

[img] PDF - Published Version
74kB

Abstract

Penilaian prestasi adalah salah satu aktiviti terpenting dalam amalan pengurusan sumber manusia. Impak dari sistem penilaian prestasi adalah sangat signifikan kepada pekerja kerana kaitan langsung terhadap kadar upah atau gaji yang akan diterima oleh pekerja. Organisasi akan menerima kesan langsung yang bersifat negatif jika sistem penilaian prestasi yang dijalankan dilihat sebagai satu sistem yang tidak teratur, bersifat tidak adil dan menindas pekerja. Motivasi pekerja yang menurun, produktiviti tidak mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dan komitmen pekerja yang tidak stabil memberi kesan kepada prestasi keseluruhan organisasi yang terlibat. Tinjauan kajian yang dijalankan terhadap sistem penilaian prestasi pekerja di beberapa agensi kerajaan menunjukkan dapatan kajian yang membimbangkan. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan penilai prestasi tidak mempunyai tahap kompetensi yang mencukupi dalam bidang-bidang yang diperlukan berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab utama mereka untuk tujuan penilaian prestasi. Ini menyebabkan mereka tidak mampu berperanan secara berkesan dan cekap. Keadaan ini memberi implikasi negatif kepada penerimaan pekerja terhadap keputusan yang dibuat. Artikel ini membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh pegawai penilai prestasi. Cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan yang bersifat serta merta, jangka pendek dan jangka panjang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penilaian prestasi, peranan penilai, sektor awam
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:8414
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:04 May 2009 07:20
Last Modified:07 Feb 2017 06:46

Repository Staff Only: item control page