Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tanggungjawab Pemimpin Masyarakat

Mat Stu, Ahmad Rosnizam and Mansul, Muhammad Fitri and Marni, Nurazmallail (2019) Tanggungjawab Pemimpin Masyarakat. In: Seminar Institusi Islam 2019, 18 Ogos 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
19MB

Abstract

Semua manusia dimuka bumi ini dilahirkan sebagai seorang khalifah yang ditugaskan untuk memimpin dan memikul tanggungjawab sebagai umat manusia serta hamba Allah SWT yang patuh kepada suruhannya. Tanggungjawab ini dikurniakan atas sandaran akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia. Seharusnya manusia jelas dan muhasahabah atas anugerah yang terindah ini jika dibandingkan dengan makhluk lain ciptaan Allah SWT. Jesteru, tanggungjawab yang bagaimana harus dilaksanakan oleh manusia? Adakah sekadar menjadi pemimpin kepada diri sendiri sahaja, keluarga, atau keutamaannya kepada masyarakat? Persoalan yang mesti dijawab oleh setiap umat manusia kini dan akan datang. Melihat perubahan dunia yang semakin bergerak pantas seperti seakan tiada penghujung, konsep kepimpinan dan tanggungjawab sebagaimana yang dianjurkan Islam bagi menjamin kesejahteraan kepimpinan dan instistusi kemasyarakatan tersebut berjaya dan dilindungi Allah SWT. Setiap pemimpin juga perlu sedar dan tahu apa fungsi dan peranan yang harus dimainkan dalam memastikan kepimpinan menjadi sebuah entiti yang mampu membawa kebaikan serta manfaat menyeluruh kepada semua. Pemimpin juga perlu tahu persiapan dan panduan utama yang perlu diikuti agar perancangan yang dibentuk mampu menjadikan ganerasi mendatang lebih cemerlang dalam suasana masyarakat yang harmoni. Apa petunjuk daripada al-Quran yang perlu diambil berat oleh setiap pemimpin masyarakat akan dikupas bagi memastikan ianya dapat dijadikan panduan kepada pemimpin dan masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Selain daripada itu, kupasan terhadap Hadis Rasulullah juga menjadi keutamaan dalam mencari resolusi dan panduan sebagai pemimpin bersama masyarakat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Tanggungjawab, pemimpin, adil, kebajikan, amar makruf nahi mungkar
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:84020
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:31 Oct 2019 18:05
Last Modified:31 Oct 2019 18:05

Repository Staff Only: item control page