Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sekolah Menengah dan Hubungannya dalam Pembentukan Masyarakat yang Cemerlang Menurut Islam

Hasnan, Amir Yusri and Mat Daud, Ahmed Farid and Mohd Noor, Sulaiman Syakib (2019) Sekolah Menengah dan Hubungannya dalam Pembentukan Masyarakat yang Cemerlang Menurut Islam. In: Seminar Institusi Islam 2019, 18 Ogos 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
2MB

Abstract

Tulisan ini bertujuan mengupas dan menerangkan pembentukan masyarakat yang cemerlang di peringkat sekolah menengah ke arah kecemerlangan berhubung dengan pendidikan dalam Islam berserta beberapa contoh daripada tindakan Rasulullah SAW dalam mempromosikan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam yang bermatlamat untuk memperkasakan kualiti dan nilai tamadun manusia khususnya diperingkat usia remaja. Pendidikan berupaya memelihara dan memancarkan nilai asas sesebuah masyarakat dan begitu juga sebaliknya pendidikan juga boleh menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan juga dapat membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai serta mengekalkan jati diri seseorang individu. Skop pendidikan dikatakan mencerminkan sikap dan kecenderungan yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Demikian juga, pendidikan merupakan elemen terpenting dalam proses kematangan seseorang yang dapat melahirkan generasi yang berguna dan berakhlak mulia. Dalam usaha untuk merealisasikan acuan tersebut, pendidikan adalah sangat penting untuk diaplikasikan bagi memantapkan kesemua nilai murni dalam setiap diri individu. Selari dengan kehendak semasa dalam aspek kecemerlangan, kami tertarik untuk melengkapkan penulisan kertas kerja yang bertajuk “Sekolah Menengah dan Hubungan Dalam Pembentukan Masyarakat Menurut Islam”. Kertas kerja ini bertujuan adalah memenuhi kehendak kerja kursus bagi subjek Institusi-institusi Islam. Semoga dengan ini dapat meningkatkan kefahaman pengarang dalam memastikan golong remaja khususnya diperingkat pendidikan sekolah menengah dapat membentuk salasiah rohani dan jasmani dalam pembentukan masyarakat cemerlang menurut ajaran Islam bagi menempuhi era globalisasi ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Masyarakat Cemerlang, Sekolah Menengah, Pendidikan, Tanggungjawab
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:84015
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:31 Oct 2019 17:56
Last Modified:31 Oct 2019 17:56

Repository Staff Only: item control page