Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Program keluarga sakinah negeri Johor: analisis pelaksanaan kursus pra-perkahwinan

Hehsan, Aminudin and Mohamed, Ahmad Muhaimin and Abu Hussin, Mohd. Fauzi and Abu Hussin, Mohd. Fauzi and Nor Muhamad, Nasrul Hisyam and Khamis, Sariah and Mohd. Zaire, Aslinda (2018) Program keluarga sakinah negeri Johor: analisis pelaksanaan kursus pra-perkahwinan. Jurnal Penyelidikan Pusat Islam Iskandar Johor, E. K. . pp. 85-122. ISSN 2600-9013

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pendapat individu kepada pelaksanaan Modul Keluarga Sakinah: Kursus Pra-perkahwinan dari aspek keberkesanan kursus, penilaian pelaksanaan kursus dan kesannya kepada pembentukan keluarga Sakinah. Instrumen berbentuk kuantitatif dan kualitatif iaitu borang soal selidik yang disertai soalan subjektif berstruktur ditadbir kepada 120 orang responden yang dipilih secara rawak bertujuan. Peringkat kedua mengenal pasti pendapat individu yang telah berkahwin dari aspek pelaksanaan dan cabaran kepada pembentukan keluarga Sakinah. Pendekatan kuantitatif sepenuhnya melalui 356 responden yang dipilih secara rawak bertujuan. Peringkat ketiga dilaksanakan dengan mengedarkan instrumen berbentuk kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan pendapat responden yang telah mengikuti Kursus Pra-perkahwinan dari aspek kefahaman, penerimaan dan penilaian pelaksanaan kursus dan seramai 550 responden yang dipilih secara rawak bertujuan. Kajian turut membuat perbandingan berdasarkan hasil analisis kepada pendapat responden yang belum berkahwin dan yang telah mengikuti kursus. Hasil analisis mendapati responden yang belum berkahwin mempunyai pendapat yang baik serta pengetahuan yang tinggi terhadap aspek persediaan mendirikan rumah tangga. Seterusnya majoriti responden mempunyai sikap yang positif dan membina kepada pelaksanaan serta dapat menangani dengan baik kepada cabaran dalam usaha membentuk keluarga Sakinah. Hasil analisis mendapati tahap kefahaman, penerimaan dan penilaian pelaksanaan kursus dikalangan responden adalah sederhana menghampiri baik. Diharapkan hasil kajian ini memberi sumbangan kepada penambahbaikan pelaksanaan Modul Keluarga Sakinah: Kursus Pra-perkahwinan secara khusus serta membantu membentuk persekitaran Sakinah pada institusi kekeluargaan umat Islam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keberkesanan kursus, keluarga sakinah, kursus pra perkahwinan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:82075
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:30 Sep 2019 17:00
Last Modified:24 Oct 2019 15:15

Repository Staff Only: item control page