Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pertautan amalan yasin dan tahlil di negeri Johor dengan amalan di Madinah Al-Rasul abad ke-17 masihi: kajian menurut Shaykh Abdul Ra’Uf Al-Singkili (1024H/1615M - 1105H/1693M)

Rosman, Arieff Salleh and Yeoh Abdullah, Mohd. Syukri and Mashrom, Zuraini and Haron, Zulkiflee and Ripin, Mohd. Nasir (2018) Pertautan amalan yasin dan tahlil di negeri Johor dengan amalan di Madinah Al-Rasul abad ke-17 masihi: kajian menurut Shaykh Abdul Ra’Uf Al-Singkili (1024H/1615M - 1105H/1693M). Jurnal Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor, E.K . pp. 123-152. ISSN 2600-9013

Full text not available from this repository.

Abstract

Amalan bacaan Yasin dan tahlil yang diamalkan sejak sekian lama di Alam Melayu, khususnya di Negeri Johor telah menjadi polemik perdebatan dalam kalangan ilmuan semasa. Amalan ini dilihat oleh sebahagian ilmuan semasa sebagai amalan bid’ah yang tiada asal usulnya daripada Nabi Muhammad SAW. Ini menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di Negeri Johor. Artikel ini merungkai polemik ini dengan merujuk kepada manuskrip penulisan Shaykh Abdul Ra’uf Al-Singkili, iaitu ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin. Menurut Shaykh Abdul Ra’uf Al-Singkili, amalan bacaan Yasin dan tahlil pada malam Jumaat merupakan salah satu amalan yang diamalkan para AhlilLah di Madinah al-Rasul pada kurun pada abad ke-17 Masihi berdasarkan ijtihad tarbiyyah ruhiyyah yang dilakukan oleh ulama' Haramayn, iaitu Shaykh Ahmad al-Qushashi. Artikel ini mengemukakan teks amalan tersebut yang dinyatakan dalam manuskrip ‘Umdat al-Muhtajin berserta tahqiq dan selanjutnya menganalisa beberapa isu berkaitan amalan tersebut berdasarkan penjelasan hadis Nabi Muhammad SAW dan ijtihad para ulama' muktabar. Berdasarkan kajian yang dilakukan, amalan Yasin dan tahlil yang diamalkan oleh umat Islam di Alam Melayu secara jelasnya bukan amalan bid’ah yang direka-reka, bahkan ia disandarkan kepada hadis Nabi Muhammad SAW dan ijtihad tarbiyyah ruhiyyah ulama' AhlilLah yang muktabar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bacaan yasin dan tahlil, ijtihad, tarbiyyah ruhiyyah, amalan tawqifi, amalan tawfiqi
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Others
ID Code:82025
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:30 Sep 2019 17:00
Last Modified:16 Oct 2019 16:54

Repository Staff Only: item control page