Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penentang Kemukjizatan al-Quran Tempah Neraka: Surah al-Baqarah (2: 23-25)

Jasmi, Kamarul Azmi (2018) Penentang Kemukjizatan al-Quran Tempah Neraka: Surah al-Baqarah (2: 23-25). In: Program Budaya al-Quran, 30hb. Ogos 2018, Kolej Tun Fatimah.

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
696kB

Abstract

Orang kafir dicabar oleh Allah SWT untuk menghasilkan satu tulisan seperti surah al-Quran untuk mengatasi mukjizat al-Quran. Kemukjiatan al-Quran ialah dari segi makhluk tidak mampu menghasilkan al-Quran bahkan mengubahnya sama sekali. Artikel ini merupakan hasil kajian perpustakaan bagi mencari tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 23-25) daripada kitab tafsiran yang bersifat turath. Hasil dapatan menunjukkan beberapa nasihat dan ingatan penting Allah SWT kepada golongan kafir dan Muslim. Bagi golongan kafir, iaitu peringatan kepada golongan kafir bahawa al-Quran murupakan mukjizat yang tidak mampu dikalahkan oleh mereka, kegagalan mereka mengatasi al-Quran akan menyusul pula kegagalan kedua mereka di alam akhirat kerana menentang al-Quran dan Pencipta yang menurunkan al-Quran; dan sudah wujud neraka yang dijanjikan untuk orang kafir dan tuhan mereka yang berupa berhala. Manakala ingatan Allah SWT kepada para para Mukmin yang beriman dan beramal soleh dengan dijanjikan Syurga yang penuh dengan kenikmatan yang abadi. Asas kenikmatan ialah keindahan dan kesuburan Syurga, makanan yang lazat, Isteri dan suami yang suci dan bersih, serta berkekalan dalam nikmat buat selama-lamanya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Al-Quran, mukjizat, neraka, syurga
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Studies
ID Code:80239
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:25 Apr 2019 09:22
Last Modified:25 Apr 2019 09:22

Repository Staff Only: item control page