Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hidayah Sebagai Anugerah Tidak Ternilai: Surah Al-Fatihah (1: 1-7)

Jasmi, Kamarul Azmi (2018) Hidayah Sebagai Anugerah Tidak Ternilai: Surah Al-Fatihah (1: 1-7). In: Program Budaya al-Quran, 19hb. Julai 2018, Kolej Tun Fatimah.

[img]
Preview
PDF (Cover & Fulltext)
2MB

Abstract

Hidayah di atas jalan pertunjuk merupakan inti pati terpenting seseorang hamba tunduk beribadah dan memohon permohonan kepada Tuhannya. Kertas kerja ini adalah kertas kerja kepustakaan untuk mencari tafsiran Surah al-Fatihah (1: 1-7) daripada kitab tafsir turath Islami. Hasil dapat menunjukkan bahawa surah ini merupakan ibu segala surah kerana dalamnya terkandung perbincangan penting untuk diketahui, difahami, dihayati, dan diamalkan oleh umat manusia khusus dalam kalangan Muslim tentang nama surah, ciri istimewa, ciri teragung pada makna dan kandungan. Surah ini juga menjadi aspek terpenting untuk tujuan ibadah, rawatan, perlindungan, dan mendapat keberkatan; terdapat zikir dan tahmid yang terbaik buat manusia; pengajaran Allah SWT kepada para hamba adab berdoa dan meminta pertolongan; dan ucapan ‘amin’. Turut dibincangkan dalam surah ini ialah tentang Allah SWT dan zat serta beberapa sifat-Nya yang penting seperti al-Rahman, al-Rahim, dan Malik. Selain itu, kupasan surah ini juga menyentuh tentang ‘Rabb’ dan ‘alam’; hanya Allah SWT yang layak disembah dan dipohon pertolongan; peranan hidayah ke jalan yang lurus dan kepentingan permohonan tersebut; serta golongan yang diberi nikmat, kemurkaan, dan golongan yang sesat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Allah, al-Rahman, al-Rahim, al-hamdulillah, Rabb al-‘alamin, Malik al-Din, ibadah, doa, hidayah, jalan yang lurus, jalan orang yang dimurkai, jalan orang yang sesat.
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions:Islamic Studies
ID Code:80234
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:25 Apr 2019 09:22
Last Modified:25 Apr 2019 09:22

Repository Staff Only: item control page