Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyampaian dan pemupukan nilai melalui pendekatan pengurusan kepelbagaian

Ramli, Noor Diana and Said, Hamdan (2008) Penyampaian dan pemupukan nilai melalui pendekatan pengurusan kepelbagaian. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
97kB

Abstract

Kertas kerja ini menjelaskan penggunaan pendekatan pengurusan kepelbagaian (diversity management) dalam membentuk sahsiah pelajar. Dalam konteks pendidikan Islam, pembentukan sahsiah pelajar dirangkumkan dalam pembentukan akhlak yang mencakupi perhubungan manusia dengan Tuhan, perhubungan manusia dengan alam, dan perhubungan manusia dengan manusia (makhluk). Kertas kerja bagaimanapun hanya memfokuskan kepada perhubungan manusia dengan manusia. Pendidikan Islam berfokus untuk menjadikan individu sebagai agen yang membentuk individu yang lain. Individu ini memerlukan tiga perkara asas untuk membolehkan dirinya menjadi agen pembetukan akhlak yang baik: ilmu yang diperoleh daripada didikan guru yang mursyid lagi sidiq, pengamalan ilmu yang diperolehi dalam bentuk tingkahlaku (kemahiran-kemahiran), dan ibadah. Ketiga-tiga komponen ini menjadi asas kepada kerangka konsep kertas kerja ini. Pendekatan pengurusan kepelbagaian digunakan kerana semua aspek yang berbeza dalam diri individu diambil kira supaya faktor ini dapat diurus dengan baik dan tidak menjadi faktor penghalang (glass ceiling effects) atau ancaman (threats) kepada organisasi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7992
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:13 Mar 2009 16:10
Last Modified:02 Jun 2010 01:50

Repository Staff Only: item control page