Mohamad, Ahmad Muhaimin and Harun, Jamalludin and Aris, Baharuddin (2008) Kelemahan penguasaan kemahiran di kalangan pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.
|
PDF
162kB |
Abstract
berpengetahuan dan berkemahiran bagi menghadapi kemajuan abad 21. Persaingan dunia kerjaya memperlihatkan sebilangan besar graduan menganggur adalah dari aliran sains sosial dengan beberapa kelemahan ketara dikenal pasti sebagai punca permasalahan. Antaranya kelemahan komunikasi berbentuk penulisan dan kerjasama kumpulan. Bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran dinyatakan, pelbagai pendekatan pembelajaran bersifat aktif dicadangkan. Salah satu kaedah pembelajaran dikenal pasti sesuai ialah pembelajaran koperatif. Dengan perkembangan semasa, teknologi khususnya teknologi web dijangkakan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran koperatif. Kertas kerja membincangkan bagaimana elemen pembelajaran koperatif disokong oleh ciri-ciri persekitaran pembelajaran konstruktivisme digunakan dalam merekabentuk pembelajaran koperatif menerusi web dengan Model ID R2D2 digunakan sebagai panduan pembangunan. Persampelan bertujuan ke atas sekumpulan pelajar jurusan sains sosial dari salah sebuah universiti tempatan dipilih bagi mengikuti eksperimen bersiri masa bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran koperatif menerusi web dari aspek dinyatakan. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif bagi instrumen serta penganalisisan data digunakan untuk menilai keberkesanan sistem pembelajaran dibangunkan dari aspek dinyatakan. Hasil eksperimen kajian membolehkan satu bentuk pembelajaran koperatif menerusi web diperolehi bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran dinyatakan. Dapatan kajian diharapkan dapat memberi panduan kepada para pendidik untuk mengintegrasikan pembelajaran koperatif menerusi laman web bertujuan meningkatkan kemahiran tertentu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pembelajaran koperatif, kemahiran komunikasi bertulis, kemahiran kerjasama berkumpulan, sistem pengurusan kursus. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 7985 |
Deposited By: | Noraffandy Yahaya |
Deposited On: | 09 Mar 2009 17:31 |
Last Modified: | 20 Oct 2017 06:07 |
Repository Staff Only: item control page