Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah sosial semasa : apakah peranan jururancang bandar?

Sutan Saidi, Noor Sharifah and Musa, Abu Salehek (1998) Masalah sosial semasa : apakah peranan jururancang bandar? Jurnal Alam Bina, 1 (1). pp. 42-49. ISSN 1511-1369

[img]
Preview
PDF
538kB

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk membincangkan mengenai masalah sosial semasa dinegara ini dalam kaitannya dengan peranan jururancang bandar. Perbincangan dimulakan dengan menjelaskan mengenai pengertian isu atau masalah sosial, perbandaran dan masalah-masalah yang timbul berhubung dengannya, masalah sosial semasa di Malaysia serta faktor-faktor penyebabnya dan diakhiri dengan cadangan umum mengenai bagaimana jururancang boleh berperanan dalam usaha membantu menangani masalah berkenaan. Jururancang yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini tidak terhad kepada jururancang fizikal sahaja, tetapi melibatkan semua pihak yang terlibat dengan perancangan dan pembangunan bandar. Penulisan ini walau bagaimana pun hanya memberikan pandangan secara konseptual tentang masalah berkenaan serta cara mengatasinya. Tindakan-tindakan tertentu selanjutnya memerlukan kajian yang lebih mendalam mengenai sesuatu masalah itu dalam rangka bidang tugas dan peranan seseorang jururancang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:peranan jururancang bandar,
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Built Environment
ID Code:7964
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:25 Mar 2009 03:15
Last Modified:02 Jun 2010 01:50

Repository Staff Only: item control page