Mohd. Jaafar, Mohamad Nazri and Sulian, Mohd. Sharul (2003) Kajian keberkesanan kaedah pembakaran udara berperingkat ke atas pembakar berbahan api gas. Jurnal Mekanikal (15). pp. 86-96. ISSN 0127-3396
|
PDF
5MB |
Abstract
Proses pembakaran dari pembakar yang menggunakan gas sebagai bahan api berkecenderungan untuk memancarkan emisi yang mengandungi pelbagai bahan cemar seperti NOx, CO, CO2 dan sebagainya. Emisi ini perlu dikurangkan kerana kesannya boleh mendatangkan bencana yang buruk ke atas hidupan di muka bumi. Oleh itu, kajian keberkesanan pembakaran udara berperingkat bagi pembakar ini amat penting bagi memastikan pembakar dapat beroperasi dengan cekap dalam keadaan penghasilan emisi yang rendah. Ujikaji dijalankan dengan cara mengawal parameter kadar alir udara pada nilai 7, 8, 9, 10 dan 12 g/s yang bersepadanan dengan nisbah setara 0.73, 0.86, 0.92, 1.0 dan 1.07. Hasil ujikaji menunjukkan bahawa terdapat pengurangan dalam bahan cemar NOx dan CO yang dihasilkan dengan menggunakan pembakaran udara berperingkat ke atas pembakar gas.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pembakar gas, pembakaran udara berperingkat, CO, NOx, CO2 |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 7954 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 30 Mar 2009 03:33 |
Last Modified: | 16 Aug 2012 08:29 |
Repository Staff Only: item control page