Aris, Mazlan and Abd. Ghani, Faizah and Syed Mansor, Syed Mohamed Shafeq (2008) Model mengesan dan mengawal stres kehidupan guru di Malaysia. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.
|
PDF
89kB |
Abstract
Dalam keghairahan membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia, berbagai perubahan dan penambahbaikkan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memantapkan sistem pelajaran di negara ini. Kerancakkan meneroka dan merencana bagi memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada pastinya akan membawa bersama kesan langsung dan tidak langsung kepada penggerak utama dunia pendidikan iaitu golongan guru. Aspek positif akan dapat memberikan semangat kepada guru. Aspek negatif pula akan membawa kepada wujudnya fenomena negatif kepada guru itu sendiri. Keadaan ini pastinya akan menyumbang kepada kegusaran kesihatan mental terutamanya stres di kalangan guru. Rentetan dari fenomena ini maka penulis cuba melihat tentang bagaimana stres kehidupan mempengaruhi keadaan kesejahteraann diri guru. Walau pun banyak kajian yang dilakukan tentang stres tetapi hanya lebih memberi fokus kepada stres pekerjaan guru sahaja. Kesejahteraan kehidupan keseluruhan peribadi guru jarang dikaji. Berdasarkan keadaan ini maka pengkaji akan melihat beberapa aspek elemen yang menyumbang kepada stres di kalangan guru. Aspek personaliti, persekitaran, pekerjaan, perhubungan, sosial, emosi, kognitif dan spiritual pastinya akan merangsang wujudnya punca stres kehidupan seorang guru. Kerangka konsep ini akan memperjelaskan tentang fenomena stres dari aspek tahap, punca, simptom dan kemahiran mengawal stres bagi dijadikan asas pembentukan satu model untuk mengesan dan mengawal stres di kalangan guru di Malaysia.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Stress |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 7907 |
Deposited By: | Noraffandy Yahaya |
Deposited On: | 22 Feb 2009 08:31 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 03:17 |
Repository Staff Only: item control page