Othman, Hasyamuddin and Buntat, Yahya (2008) Model penerapan kemahiran employability ipta berkonsepkan pbm. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia.
|
PDF
94kB |
Abstract
Kajian ini untuk meneliti keseluruhan falsafah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai salah satu alternatif pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi para pelajar sarjana muda dalam bidang pembuatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutamanya universiti awam. Kajian ini juga akan meneliti kesesuaian PBM ini untuk meningkatkan kemahiran “employability� yang dikatakan tidak cukup pada masa sekarang setelah mereka bergelar graduan daripada IPTA selaras dengan kehendak pihak majikan dan kerajaan. Kajian ini akan mengunakan kaedah percampuran kualitatif dan kuantitatif. Data permulaan dengan kaedah kualitatif dengan pengambilan data secara temuduga berstruktur dengan pihak industri pembuatan. Kaedah kuantitatif pula melibatkan data statistik eksperimen bertujuan kepada para pelajar IPTA bagi melihat hubungan di antara PBM sebagai pembolehubah bersandar dan kaitan dengan peningkatan kemahiran “employability� sebagai pembolehubah bebas. Ujian-t juga akan dilakukan bagi melihat hasil ekperimen yang dijalankan. Kajian ini dijangka dapat merumuskan kepentingan PBM untuk meningkatkan kemahiran “employability� dalam kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan pembuatan supaya lebih berdaya saing di pasaran pekerjaan. Kajian ini juga dijangka akan menghasilkan suatu model (P&P) berdasarkan PBM yang berkepentingan untuk IPTA.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 7897 |
Deposited By: | Noraffandy Yahaya |
Deposited On: | 22 Feb 2009 07:22 |
Last Modified: | 02 Jun 2010 01:49 |
Repository Staff Only: item control page