Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sains Teknologi Islam dalam Pembelajaran

Miskon, Shahrul Affendi and Hairudin, Norhazah and Safar, Jimaain @Ajmain (2018) Sains Teknologi Islam dalam Pembelajaran. In: Seminar Tamadun Islam 2018, 17 Ogos 2018, Bilik Kuliah 6, Blok N28, UTM. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
374kB

Official URL: https://www.researchgate.net/project/Seminar-Tamad...

Abstract

Sains dan teknologi adalah suatu konteks yang berkait rapat dalam pembelajaran dan pengajaran asas kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun pelbagai cabang sains dan teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian, ianya berlandaskan ayat al-Quran dan sunnah. Terdapat beberapa prinsip sains dalam al-Quran. Antaranya ialah: istikhlaf, amanah dan tanggungjawab yang ditetapkan. Institusi pendidikan Islam masa kini banyak menerapkan konsep sains dan teknologi yang berasaskan al-Quran ke dalam sistem pembelajaran. Al-Quran dan sunnah merupakan pencetus terawal umat Islam agar dapat memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai aspek kehidupan (Fakhri, 2010). Ianya berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha menerokai pelbagai cabang keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabi’i dan sains berbentuk teknikal pada peringkat awal perkembangannya. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti kerana dapat menyaingi tamadun lain yang terdahulu. Keunikan sains Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik yang mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat mencari matlamat yang subjektif dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat sains Islam adalah mencari keredaan Allah SWT dan mengutamakan nilai islamik serta adil. Keunggulan sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka yang dinamik dan kreatif serta berintegriti tinggi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Q Science > Q Science (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:78463
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:14 Oct 2018 12:48
Last Modified:14 Oct 2018 12:48

Repository Staff Only: item control page