Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian perisian multimedia bertajuk pythagoras theorem form two dari aspek reka bentuk dan pencapaian pelajar

Tasir, Zaidatun and Harun, Jamalludin and Alip, Rasman (2008) Penilaian perisian multimedia bertajuk pythagoras theorem form two dari aspek reka bentuk dan pencapaian pelajar. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 2008, 11-12 Oktober 2008, UTM.

[img]
Preview
PDF
230kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai perisian multimedia bagi pembelajaran Matematik bertajuk “Pythagoras Theorem Form Two� berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi. Disamping itu kajian ini turut melihat keberkesanan perisian tersebut terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian pelajar berdasarkan jantina selepas menggunakan perisian. Kajian ini adalah sebuah kajian deskriptif berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang penilaian perisian serta ujian pencapaian pra dan pos. Skala Likert empat mata telah digunakan dalam borang penilaian perisian. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar sebuah sekolah di daerah Kota Belud, Sabah. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap kesesuaian objektif (min = 3.29), isi kandungan (min = 3.07), dan reka bentuk antaramuka (min = 3.11). Namun begitu, responden memberi persepsi kurang memuaskan terhadap reka bentuk interaksi (min = 2.82). Hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test pula menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dalam ujian sebelum (min = 2.77) dan selepas (min = 4.79) menggunakan perisian multimedia tersebut pada a = 0.05 (p = 0.00). Walaupun demikian, hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki (min = 4.50) dan pelajar perempuan (min = 5.08) selepas menggunakan perisian (a = 0.05, p = 0.219).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pythagoras Theorem, Kota Belud, Sabah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7800
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:03 Feb 2009 07:21
Last Modified:29 Feb 2020 13:40

Repository Staff Only: item control page