Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Interaksi verbal pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah

Tay, Chong Seng and Arshad, Mohammad Yusof (2008) Interaksi verbal pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
242kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/279637798...

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah telah dilaksanakan berdasarkan kepada saranan pendekatan konstruktivisme. Bagi mengkaji apa yang berlaku di bilik darjah, maka satu kajian interaksi verbal bilik darjah telah dijalankan. Bagi tujuan ini 20 orang guru sains tahun lima dan enam bersama pelajarnya dan dua sesi pengajaran diperhati dan dirakamkan. Data direkodkan melalui Instrumen Pemerhatian berlandaskan kepada Pendekatan Konstruktivisme (IPPK) yang dibina terutamanya berdasarkan kepada ‘Flanders’ Interaction Analysis Categories’ (FIAC) dan ‘Science Teaching Observation Schedule’ (STOS). Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa interaksi verbal yang berlaku adalah banyak kepada pernyataan guru yang merupakan syarahan disusuli dengan keadaan senyap/kekeliruan. Ini menunjukkan bahawa guru masih mendominasikan interaksi verbal dan adalah lebih berpusatkan kepada guru. Penyoalan guru dan aktiviti yang dimulai oleh pelajar berlaku pada tahap yang minimun. Amalan yang sedemikian, tidak akan membantu pelajar ke arah pembelajaran yang aktif dan bermakna sebagaimana yang dituntut di bawah pendekatan konstruktivisme. Oleh itu, amalan pendekatan ini perlu dinilai semula bagi memastikan keberkesanannya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Konstruktivisme, Verbal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:7678
Deposited By: Noraffandy Yahaya
Deposited On:05 Feb 2009 14:43
Last Modified:09 Oct 2017 08:09

Repository Staff Only: item control page