Mohd. Atan, Rohana and Noordin, Shaharom (2008) Hubungan antara amalan kerja amali dengan pencapaian pelajar tingkatan empat dalam tajuk daya. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)
|
PDF
167kB |
Official URL: http://www.ppsmj.com.my/seminar2008/html/kertasker...
Abstract
Pencapaian pelajar tingkatan empat dalam tajuk Daya. Sampel kajian terdiri dari 134 pelajar, 59 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan.yang mengambil mata pelajaran Fizik dari lima buah sekolah harian di sekitar daerah Johor Bahru. Dua alat kajian digunakan iaitu Ujian Penilaian Amalan Kerja Amali Pelajar dalam Tajuk Daya (UPAKAPD) terdiri dari satu soalan esei yang berformat amali yang mengukur kefahaman pelajar dalam mereka bentuk amali. Ujian Pencapaian Pelajar dalam tajuk Daya (UPPD) pula terdiri daripada 20 soalan yang mengukur tahap pencapaian pelajar dalam tajuk Daya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk min, peratus dan sisihan lazim dan bagi mendapatkan hubungan antara pembolehubah pertalian Pearson r digunakan. Pencapaian dan amalan kerja amali pelajar masing-masing pada tahap kepujian (52.2% , 65.0%) dengan pertalian yang kuat (r =.74) serta hubungan yang bererti pada aras .03 antara amalan kerja amali dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa amalan kerja amali pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar. Bagi meningkatkan pencapaian pelajar ke tahap lebih cemerlang pendekatan pengajaran dan pembelajaran mesti berpusatkan pelajar.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kerja amali, pencapaian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 7673 |
Deposited By: | Noraffandy Yahaya |
Deposited On: | 13 Jan 2009 15:04 |
Last Modified: | 09 Oct 2017 08:01 |
Repository Staff Only: item control page