Mohd. Noor, Norhayati and Mohd. Mahdzir, Akbariah (2016) Model pengekalan perhubungan perkahwinan pasangan suami isteri di Malaysia. In: 4th Asean Comparative Education Research Network Conference, 2016, Indonesia.
Full text not available from this repository.
Official URL: http://kelembagaan.kopertis10.or.id/acern/
Abstract
Pengekalan perhubungan suami isteri di dalam perkahwinan menjadi satu matlamat kepada semua pasangan suami isteri di dunia. Kajian suami isteri yang berjaya mengekalkan perhubungan perkahwinan turut menunjukkan kepuasan perkahwinan, kualiti perhubungan, personaliti, kasih sayang, faktor ekonomi dan budaya. Pendekatan kajian secara mix method iaitu secara 2 fasa iaitu fasa 1 dengan rekabentuk kualitatif dan fasa 2 dengan rekabentuk kuantitatif. Pembinaan konstruk pengekalan dijalankan pada fasa 1 dengan lima pasangan suami isteri. Pasangan suami isteri dipilih menggunakan persampelan bertujuan dengan merujuk kepada kateria utama iaitu telah berkahwinan selama 30 tahun dan kekal di dalam perkahwinan. Hasil kajian melalui temubual mendalam dan pemerhatian ke pada 5 pasangan suami isteri telah menghasilkan model pengekalan perhubungan perkahwinan yang berasaskan kepada cinta dan kasih sayang yang akan memenuhi kepuasan hubungan yang optima di dalam perkahwinan. Cinta dan kasih yang dibina oleh pasangan di dalam kajian ini adalah melibatkan lima konstruk iaitu kepercayaan, hormat - menghormati, komunikasi bermakna, toleransi dan tanggungjawab.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | RADIS System Ref No:PB/2016/10696 |
Uncontrolled Keywords: | suami isteri, perkahwinan |
Subjects: | T Technology |
Divisions: | Malaysia-Japan International Institute of Technology |
ID Code: | 66729 |
Deposited By: | Fazli Masari |
Deposited On: | 22 Nov 2017 00:45 |
Last Modified: | 22 Nov 2017 00:45 |
Repository Staff Only: item control page