Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan modul pembelajarn matematik menggunakan perisian geometri interaktif

Che Ismail, Saifulnizan (2007) Pembinaan modul pembelajarn matematik menggunakan perisian geometri interaktif. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
232kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadi semakin penting dan telah menunjukkan kesan yang begitu mengkagumkan. Pada umumnya para pelajar dapat membina daya kreativiti dan inovasi di samping cekap menggunakan teknologi dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik telah terbukti memberikan manfaat yang berguna kepada pelajar dalam menguasai konsep-konsep matematik. Projek ini bertujuan untuk membangunkan aktiviti pembelajaran matematik berkomputer di peringkat menengah rendah menggunakan perisian geometri interaktif. Projek ini melahirkan modul yang menyentuh tentang topik bentuk geometri dan geometri transformasi. Aktiviti bagi perisian geometri interaktif yang dibangunkan ini adalah berorientasikan matematik bereksperimen yang melibatkan proses penyiasatan dan penerokaan matematik di kalangan pelajar. Selari dengan pendekatan konstruktivisme, matematik bereksperimen dirancang supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza dengan amalan pembelajaran secara penerangan di dalam bilik darjah. Projek pembinaan modul ini dibangunkan berpandukan kepada rekabentuk pengajaran Model ADDIE manakala isi kandungannya berasaskan Model Van Hiele yang mengklasifikasikan tahap pemikiran geometri. Projek ini berguna bagi melaksanakan pembaharuan dan usaha meningkatkan pembelajaran matematik berkomputer di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah bestari yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti makmal komputer.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik) - Universiti Teknologi Malaysia, 2007; Supervisor : Assoc. Prof Dr. Zaleha binti Ismail
Uncontrolled Keywords:computer, education, interactive geography software
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:6520
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:22 Sep 2008 02:57
Last Modified:29 Aug 2018 07:51

Repository Staff Only: item control page