Harun, Hafizah and Abdul Rahman, Norashida (2008) Kajian tahap konsisten balingan jauh atlet wanita boling padang. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.
Full text not available from this repository.
Abstract
Lakuan yang konsisten merupakan salah satu teknik yang ditekankan dalam permainan boling padang kerana setiap atlet perlu membuat sekurang-kurangnya 40 balingan dalam satu sesi perlawanan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap konsisten balingan jauh atet wanita boling padang. Enam orang subjek dipilih dikalangan atlet. Instrumen kajian adalah secara pemerhatian balingan jauh melalui rakaman video dan pengedaran boring soal selidik Sport Competition AnxietyTest (SCAT). Pemerhatian dilakukan secara pre dan post. Di sekeliling jack mempunyai tiga jejari iaitu pre (20cm,40cm,60cm) manakala post (15cm,35cm,55cm). Analisa data ketepatan daripada minggu pertama sehingga minggu keempat tanpa sebarang latihan yang terkawal. Analisa data balingan jauh mendapati ujian pre (mean ± SD) 1.67 ± 1.37 dan ujian post (mean ± SD) 1.17 ± 1.07. Keputusan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pre dan post. Dimana p > 0.05. Skor SCAT mendapati tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan diantara kedua-dua pemerhatian. Tanpa latihan yang terkawal lakian yang konsisten dan penurunan tahap SCAT sukar diatasi. Dengan kebiasaan latihan, seseorang atlet dapat mengurangkan kejanggalan dalam melakukan kemahiran membaling bola dan meningkatkan ketepatan balingan secara konsisten. Selain itu, setiap atlet perlulah mempraktiskan kemahiran membaling bola dimana ianya perlulah mengikut ritma minda dan juga badan. Daripada proses ini, sekalligus dapat menyumbang kepada konsisten dalam permainan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | boling padang, atlet wanita, tahap balingan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 6371 |
Deposited By: | Syahrul Ridhwan Morazuki |
Deposited On: | 12 Sep 2008 01:58 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 01:41 |
Repository Staff Only: item control page