Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian penilaian tahap prestasi kecergaan fizikal berasaskan kesihatan atlit tenis SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Abdul Rajab, Mohd. Khairul Nazmi (2008) Kajian penilaian tahap prestasi kecergaan fizikal berasaskan kesihatan atlit tenis SUKMA Johor 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengukur tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan bagi atlit tenis SUKMA 2008. Pengukuran dilakukan berdasarkan lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu tahap kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan, indeks jisim badan, dan daya tahan kardiovaskular. Antara ujian yang dilakukan adalah Ujian Bangkit Tubi, Ujian PACER (Multistage Fittness Test), Ujian Curl-Up, Ujian Trunk-Lift, dan Pengukuran Skinfold Caliper. Seramai 10 orang atlit tenis dari MSNJ yang akan menyertai pertandingan SUKMA 2008 dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk eksperimental dimana dua kali pengujian dilakukan iaitu ujian pra dan ujian post. Data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan dianalisis menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak antara ujian pra dan ujian post. Aras signifikan yang ditetapkan dalam kajian ini adalah p<0.05. Jangkaan dapatan daripada analisis ujian-t yang akan dijalankan berdasarkan kepada kedua-dua pengujian tersebut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian post dengan nilai p>0.05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tahap prestasi kecergasan fizikal, atlit tenis, SUKMA Johor 2008
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6368
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:47
Last Modified:11 Sep 2017 02:03

Repository Staff Only: item control page