Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor atlit badminton untuk sukan SUKMA Johor 2008

Ismail, Muhamad Hafiz and Alias, Muhamad Firdaus (2008) Kajian tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor atlit badminton untuk sukan SUKMA Johor 2008. In: 2nd Teluk Danga International Games Convention 2008, 18-20 February 2008, Hyatt Regency, Johor Bahru, Johor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat mengukur prestasi Kecergasan Berlandaskan Kemahiran Motor bagi atlit sukan badminton SUKMA Johor 2008. Penyelidikan ini dijalankan keatas 5 orang pemain badminton sebagai sampel kajian. Enam jenis ujian digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Lari Pecut 6 Saat (komponen kepantasan), Ujian Melontar Bola Keranjang (komponen koordinasi), Ujian Dirian Bangau (komponen keseimbangan), Ujian Lari Ulang Alik 30 Kaki (komponen ketangkasan), Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson (komponen masa reaksi) dan Ujian Lompat Menegak (komponen kuasa). Kajian ini adalah berbentuk eksperimental di mana data diperolehi hasil daripada ujian pra dan ujian post. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan penilaian Statistical Packages For Social Science (SPSS 12.0) dan Microsoft Office Excel 2003. Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan untuk mengukur sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan ujian post bagi komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor. Jangkaan dapatan kajian, kemungkinan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan ujian post bagi Komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor atlit SUKMA Johor 2008 dengan nilai signifikan p > 0.05 melebihi aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Education
ID Code:6366
Deposited By: Syahrul Ridhwan Morazuki
Deposited On:12 Sep 2008 01:36
Last Modified:11 Sep 2017 02:00

Repository Staff Only: item control page